Khamis, 20 April 2017

Ilmu Yang Bermanfaat

Seorang suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada seorang Syeikh. Dia berkata:
1. Ketika aku mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-olah dalam pandanganku, Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.
2. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.
3. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.
4. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari isteriku.

Syeikh berkata, "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"
Suami menjawab,"Ya, mahu."
Syeikh: "Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu juga akan nampak lebih cantik di matamu jika dibandingkan dengan mereka semua."
Si suami tersentak, dan bertanya, "Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?"
Syeikh: "Kerana masalahnya bukan terletak pada isterimu. Tetapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah, tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan."

Rasulullah bersabda:
"ู„َูˆْ ุฃَู†َّ ู„ِุงุจْู†ِ ุขุฏَู…َ ูˆَุงุฏِูŠًุง ู…ِู†ْ ุฐَู‡َุจٍ ุฃَุญَุจَّ ุฃَู†ْ ูŠَูƒُูˆู†َ ู„َู‡ُ ุซَุงู†ِูŠًุง، ูˆَู„َู†ْ ูŠَู…ْู„ุฃَ ูَุงู‡ُ ุฅِู„ุง ุงู„ุชُّุฑَุงุจُ، ูˆَูŠَุชُูˆุจُ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َู‰ ู…َู†ْ ุชَุงุจَ "
"Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat".

Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah.
Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia?"
Suami itu menjawab: "Ya, tentu sekali."
Syeikh: "TUNDUKKAN PANDANGANMU."
 AJARKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI, ANAK-ANAK
1. Tidur dlm Wudhu.
2. Tidur ke arah kanan.
3. Tidur dgn niat utk bangun  solat malam (1/3 pagi);
4. Mgucap kalimah syahadah
5. Mghayati pbacaan Ayatul-Kursi.
6. Melafazkn Salawat 10 x.
7. Mbaca Surah Fatiha 4 x.
8.  Mbaca Surah Ikhlas 3 x.
9. Mbaca Surah 4 Qul
10. Mgucap Istighfaar;
11. Memaafkn semua org sbelum tidur;
12. Akhir, "sesiapa yg mbaca 'Bismillah' 21 x sbelum tidur, Allah akn mmaklumkn kpd malaikat utk mnulis sgala kbaikan  bg stiap tarikan nafas si pembaca."

Rabu, 19 April 2017

Bersabarlah wahai hamba Allah

*Di sebalik Ketidaktahuan...*

Nabi Nuh belum tahu banjir akan dtg ketika dia membuat kapal dan ditertawakan kaumnya

Nabi Ibrahim belum tahu akan tersedia kibas ketika pisau mengelar leher anak kesayangannya

Nabi Musa belum tahu laut akan terbelah saat dia dikejar Firaun dan bala tenteranya

Nabi Muhammad s.a.w. pun belum tahu yang Madinah adalah kota tersebarnya ajaran yang dibawanya saat baginda diperintahkan berhijrah

Yang mereka tahu adalah bahawa mereka wajib patuh pada perintah Allah s.w.t. tanpa berhenti berharap yang terbaik...

Ternyata disebalik semua ketidaktahuan kita, Allah s.w.t. telah menyediakan kejutan saat kita menunaikan perintahNYA.

Pertolongan Allah s.w.t. datang di detik2 terakhir dari usaha hamba-Nya Kalaupun hasil yang kita usahakan masih jauh dari harapan, jangan kita berkecil hati...

Tetap teguh walau apa pun yang terjadi
Berbaik sangkalah selalu kepada Allah s.w.t.

Sesuatu akan indah bila tiba waktunya... In Shaa Allah...

#itashaklee

Khamis, 6 April 2017

Cinta๐Ÿ’

Bagaimana Rasulullah mengajar cinta dalam Islam?
.
Rasul sendiri selalu memberikan kehangatan kepada isteri-isterinya, terutama Aisyah. Beliau selalu bermain serta memuji Aisyah. Sederhana dan mudah dipraktikkan untuk memelihara kehangatan.
.
Contohnya dengan mengamalkan untuk mencium isteri 3 kali dalam sehari. Tidak perlu sembunyi-sembunyi. Kalau boleh, dihadapan anak-anak agar mereka boleh melihat ibubapanya yang bahagia.
.
Rasul juga selalu mencontohkan untuk menyampaikan kata-kata yang baik kepada isteri setiap hari seperti, “Kamu cantik sekali hari ini.”
.
Rasul mencontohkannya dengan selalu memanggil Aisyah dengan jolokan si “pipi merah”.
.
Ekspresi seperti ini, walaupun nampak mengada-ngada, tetapi ia merupakan doa yang terungkap dari dalam hati.
.
Tidak perlu membelikan alat-alat kecantikan yang mahal agar isteri menjadi semakin cantik dari hari ke hari. Cukup dengan memujinya setiap hari, maka isteri akan kelihatan lebih cantik, meskipun semakin tua dari hari ke hari.
.
Kerana kecantikan isteri ada di dalam hatinya.
.


Selasa, 4 April 2017

REZEKI

KONSEP MENDAPATKAN REZEKI๐Ÿ˜Š
.
1-MENGEJAR REZEKI :
Satu benda yang susah kerana lagi dikejar lagi dia lari. Penat kejar..
.
2-MENUNGGU REZEKI :
Satu penyeksaan mungkin yang ditunggu tu tak datang-datang. Seksa tunggu.
.
3-MENCARI REZEKI :
Satu perkara yang belum tentu jumpa. Buatnya tak jumpa-jumpa, kecewa.
.
4-MENARIK REZEKI :
Inilah yang betulnya. Tarik dengan jalan BERKAT dan REDHA Allah pada kita. Banyak asbab Allah nk Redha..
.
Maka buatlah asbab tu inshaAllah REZEKI DATANG DENGAN SENDIRI

ESP - Soy Protein Isolate Powder

Memberikan tenaga Berterusan, Berasaskan Protein Tumbuhan Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bat...